Parut Keloid – Definisi, Punca & Tips Wajib Tahu!

Parut Keloid

Table of Contents

Apa itu Parut Keloid?

Keloid scar atau parut keloid merupakan keadaan kulit di mana parut timbul dan menjadi keras. Kebiasaannya ini terjadi di tempat bekas luka dan parut keloid ini muncul lebih besar daripada saiz luka sebelumnya. Walau bagaimanapun, tidak semua luka akan menyebabkan parut keloid, tetapi ada beberapa keadaan ekstrem yang menggalakkan pertumbuhan parut ini seperti luka kebakaran atau jerawat parah.

Kebiasaannya, keloid terbentuk di bahagian dada, telinga, bahu, dan pipi. Ia juga akan mengambil masa untuk muncul dan terbentuk. Keloid juga boleh muncul setelah beberapa bulan kejadian luka berlaku. Apabila ia mula muncul, parut keloid boleh mula membesar untuk beberapa bulan mahupuntahun!

Untuk merawat keloid, doktor kulit anda akan membuat pemeriksaan dahulu. Di Dermed Clinic, Klinik Kulit di Johor Bahru, kami akan menyarankan rawatan yang bersesuaian dengan keadaan parut, umur dan lain-lain. Hal ini kerana keadaan parut keloid berbeza mengikut individu. Rawatan untuk beberapa kali dapat membantu daripada parut keloid lain muncul. Jadi.. Apa sebenarnya punca atau faktor parut keloid ini untuk muncul?

Punca Parut Keloid Timbul

Parut keloid terbentuk apabila kulit mengalami kecederaan, di mana tisu parut akan berfungsi untuk membaiki dan melindungi kawasan kulit yang tercedera. Ahli pakar ada yang bersetuju bahawa parut keloid timbul apabila berlakunya disfungsi semasa proses penyembuhan luka. Apabila kolagen dalam badan dihasilkan terlalu banyak dalam penyembuhan kulit, keloid boleh muncul dan meninggalkan kesan.

Amat penting untuk umum mengetahui bahawa parut keloid tidak berjangkit dan juga tidak menjadi kanser.

Walaupun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa parut keloid dapat mengganggu penampilan diri. Kemunculannya di bahagian yang terdedah seperti di lengan, pipi dan telinga dapat mengurangkan keyakinan seseorang. Mana tak nya, parut ini timbul dengan warna yang lain dengan kulit asal dan juga bentuk fizikal yang tidak rata. Hal ini sememangnya boleh menjadikan seseorang itu berasa tidak yakin dengan diri sendiri. Tapi, apabila anda berjumpa dengan doktor di Klinik Dermed, Klinik Kulit di Johor Bahru, kami akan cuba membantu anda dengan menyarankan rawatan yang bersesuaian. Jangan risauokay!

Sebelum kita lihat apa rawatan yang tersedia, apa kata kita lihat antara punca-punca atau sebab-sebab berlakunya parut keloid. Jom kita lihat di bawah:

A.   Permukaan kulitrosak

  • Parut melecur yang disebabkan oleh kebakaran dapat menimbulkan keloid di atas permukaan kulit.
  • Keadaan kulit selepas pembedahan juga boleh meninggalkan parut.
  • Chicken Pox atau cacar air dapat meninggalkan kesan dikulit.
  • Parut jerawat parah boleh memberi kesan kepada tisu kulit.
  • Kulit yang tercalar juga dapat menyebabkan parut keloid untuk timbul.

B.    Genetik

  • Parut keloid boleh diturunkan mengikut genetik.

C.    Lain-lain

  • Aktiviti menindik seperti menindik telinga boleh mendatangkan parut keloid.
  • Pembuatan tatu di badan juga boleh mendatangkan luka yang menyebabkan parut keloid.

Siapa perlu saya jumpa? Apa rawatan yang sesuai?

Apabila anda baca artikel ini, kemungkinan besar anda benar-benar kisah tentang parut keloid yang ada pada anda. Walaupun parut sebegini tidak merujuk kepada keadaan kesihatan yang bahaya, tetapi ia masih mengganggu penampilan dan keyakinan individu. Lagi-lagi jika parut ini kelihatan oleh orang lain. Betul tak?

Jangan risau, kami di Klinik Dermed, Klinik Kulit Johor Bahru, sentiasa ambil kisah tentang para pelanggan kami! Doktor kulit selalunya akan menjalankan biopsi kulit atau pun pemeriksaan kulit.Antara sebab doktor kena periksa jenis kulit adalah untuk mengenalpasti parut keloid yang ada. Berikut merupakan beberapa rawatan yang ada untuk membuang parut keloid:

1) DermedLaser

Dermed Laser menggunakan terapi cahaya untuk menggalakkan perolehan selular kulit melalui peningkatan lapisan luar kulit dan menjadikan kawasan kulit lebih rata daripada sebelumnya. Kaedah laser memerlukan beberapa sesi untuk menjadikan rawatan berkesan.

2) Suntikan

Kaedah rawatan suntikan akan menggunakan bahan yang disuntik terus ke kawasan kulit yang terkesan untuk meratakan parut dan mengurangkan saiz parut keloid.

3) Fractional Co2Laser

Laser ini menggunakan laser khusus untuk menusuk pecahan kulit dan ia menumbuhkan semula kulit dengan mengeluarkan lebihan kolagen yang ada di permukaan kulit.

4) Krim dangel

Antara gel yang digunakan adalah gel silikon di mana ia menggalakkan penyusutan parut keloid dan menghalang penumbuhannya. Selain itu, krim yang mungkin diberikan juga adalah seperti krim kulit yang mengandungi petrolatum yang boleh mencegah pembentukan parut. Vitamin E yang terkandung dalam krim ini amat membantu dalam penyembuhan luka. Apabila rawatan di Klinik Kulit Johor Bahru sudah dijalankan, anda mungkin diberikan krim yang bersesuaian untuk dipakai di rumah.

5) Ubat-ubatanlain

Terdapat beberapa jenis ubatan yang dapat membantu dalam penyembuhan atau pembuangan parut keloid. Keberkesanan adalah mengikut jenis parut. Nasihat doktor kulit anda adalah amat digalakkan. Antara jenis ubat-ubatan yang dimaksudkan adalah seperti:

  • Bleomycin
  • Tacrolimus
  • Methotrexate
  • Pentoxifylline
  • Colchicine

6) Pembedahansurgeri

Kaedah ini boleh digabungkan dengan rawatan yang lain seperti suntikan, terapi X-Ray, dan radiasi yang akan mengurangkan kebarangkalian pertumbuhan keloid yang lain.

Simptom-simptom untuk parut keloid

Terdapat beberapa gejala atau simptom yang anda boleh pantau untuk mengenal pasti jika parut itu adalah parut keloid. Berikut merupakan antara simptom-simptom bagi pertumbuhan parutkeloid:

  • Kesan ketidakrataan kulit yang gatal yang disebabkan oleh geseran.
  • Ketidakselesaan yang menyebabkan kegatalan di benjolan parut.
  • Kesan kulit yang makin Kadang-kadang, parut keloid boleh merebak dengan pantas dan boleh menjadi lebih besar berkali-kaliganda.
  • Kesan kulit yang menjadi lebih gelap daripada kawasan kulit sekeliling yang disebabkan oleh pendedahan cahaya matahari.
  • Kesan parut yang sakit. Walau bagaimanapun, kesakitan ini selalunya berhenti apabila keloid sudahterbentuk.

Senarai di atas merupakan antara gejala yang boleh anda pantau. Anda dinasihati untuk merujuk kepada doktor kulit untuk mengetahui keadaan kulit anda dengan lebih lanjut. Klinik Kulit diJohor Bahru boleh membantu anda untuk memberi nasihat yang lebih mendalam.

Bagaimana parut keloid didiagnosis?

Anda mungkin risau apabila parut sebegini timbul di kulit. Jangan buntu, di Dermed Clinic, kami akan sentiasa cuba membantu anda! Doktor  di Dermed Clinic akan mendiagnosis dengan cara melihat dan menganalisis permukaan kulit yang terlibat. Biopsi kulit mungkin akan dijalankan jika ianya diperlukan.

Tips Elak Parut Keloid Wajib Ambil Tahu

Tindik Telinga:

Selalu pantau keadaan telinga anda apabila anda mendapatkan tindik baharu. Contohnya, jika ada dapat mengesan cuping telinga yang bengkak, cepat-cepat rujuk kepada yang pakar untuk mengelakkan parut keloid daripada muncul. Doktor klinik kulit di Johor Bahru mungkin menasihatkan anda untuk tidak terus mendapatkan tindik baharu jika terdapat komplikasi yang baru berlaku terhadap telinga anda.

Penjagaan Kulit Luka:

Jika ada bahagian kulit yang terluka, cepat-cepat basuh dengan sabun dan air bersih. Elakkan penggunaan alkohol agar kulit tidak terlalu kering. Selain itu, anda harus pastikan penjagaan luka hari-hari adalah bersih dan bebas daripada kotoran. Jangan terlalu berkasar dengan luka yang boleh menyebabkan parut baharu untuktimbul.

Kulit Luka dan Cahaya Matahari:

Anda hendaklah menjaga kulit yang luka daripada terdedah kepada cahaya matahari. Cahaya ultraviolet daripada sang suria dapat meningkatkan kebarangkalian untuk parut bertambah teruk dan juga menggelapkan warna parut. Untuk mengelakkan daripada terkena cahaya matahari yang melampau, anda boleh cuba membalut kawasan luka dengan bahan balutan yang sesuai. Selain itu, apabila luka anda telah sembuh, anda juga digalakkan untuk memakai sunscreen untuk menghalang cahayaUV.

Surgeri Kosmetik atau Tatu:

Untuk mengelakkan daripada parut keloid muncul, anda boleh melakukan ujian di kawasan kulit dahulu. Jika kawasan tersebut bengkak, ini boleh menjadi sebab untuk parut keloid muncul. Pemakaian alat atau pakaian bertekanan boleh membantu mengelakkan kawasan kulit bengkak atau menebal.

Surgeri:

Jika anda mempunyai atau pernah mempunyai parut keloid, anda boleh beritahu pakar bedah anda.Merekamungkinadacarauntukmengurangkankebarangkalianuntukparutkeloidmuncul selepas pembedahan atausurgeri.

Soalan yang anda boleh tanya Doktor

Apabila anda berjumpa dengan doktor kulit di Dermed Clinic, berikut merupakan antara soalan yang boleh anda ajukan kepada mereka. Doktor diDermed Clinicadalah sangat peramah dan bersedia dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan kulit. Ini amat penting untuk anda memahami apa yang sebenarnya berlaku pada kulit anda. Ini juga membantu anda mengembangkan lagi pengetahuan tentang parut keloid yang boleh berlaku kepada kulit manusia. Soalan-soalan yang boleh ditanyakan adalah seperti berikut:

  • Saya akan menjalankan pembedahan nanti. Boleh ke pembedahan itu mengelakkan sebarang parut keloid untuk muncul?
  • Kenapa parut keloid ini ada pada kulit saya? Adakah sebab luka saya dahulu?
  • Apakah cara terbaik untuk membuang parut keloid saya?
  • Ada sebarang ubat/krim yang saya boleh beli di farmasi untuk hilangkan parut?
  • Kalau saya ambil sebarang ubat, adakah ianya akan memberikan kesan sampingan?
  • Boleh ke parut keloid muncul balik setelah ianya dibuang dengan rawatan laser?
  • Boleh ke saya mendapatkan tatu atau membuat tindik ditelinga?
  • Siapa yang bergolongan risiko untuk mendapatkan parut keloid?

Tips Dermed Clinic

  • Selalu jaga kebersihan dalam penjagaan luka! Apabila keadaan luka menjadi teruk, ini boleh menggalakkan parut untuk timbul.
  • Jaga pemakanan sihat dan seimbang.
  • Cuba elakkan kecederaan kulit. Hal ini boleh meningkatkan potensi untuk parut keloid terbentuk.
  • Dapatkan rawatan dan nasihat dari doktor pakar di Dermed Clinic! Klinik kulit dan Estetika yang bertapak di Danga Bay,

Rawatan Membantu, Hati Tidak Buntu!

Di Dermed Clinic, kami sentiasa mencuba yang terbaik untuk bantu menyelesaikan masalah kulit anda. Klinik kulit yang berlokasi di Johor Bahru ini mempunyai testimoni yang banyak dalam rawatan estetik/kulit. Jika anda tidak berasa yakin dengan penampilan disebabkan oleh parut keloid, anda boleh datang merujuk dan mendapatkan nasihat pakar dari Doktor di DermedClinic.

Selain masalah parut keloid, terdapat juga masalah lain seperti melasma, parut jerawat, rambut gugur, pigmentasi, eczema, rosacea, dan banyak lagi. Kami sedia menjadi penasihat kulit anda! Doktor pakar dan staf klinik yang peramah bakal membantu anda dalam proses sepanjang rawatan. Hubungi 011-3322 0069 untuk menempah slot. Jumpa anda di Dermed Clinic, Johor Bahru!

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

You may also enjoy

Contact Details

Dermed Clinic is dedicated to delivering high level of skin and aesthetic treatments and striving to create the optimum aesthetic outcome.

Operating Hours:  Sat-Thur 10am – 7pm

Address: G02& 01-02, Blok 5 Danga Bay, Jln Skudai Batu 4 ½, 80200 Johor Bahru, Johor.

Email: dermedclinicjb@gmail.com

Make An Appointment

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x